[Black Friday Sale] Buy 1 Free 10 Deals + Free Shipping. Black Friday Sale Ending In:
Days
Hours
Minutes
Seconds

FREE SHIPPING with any purchase.

Diet Bulan Ramadan

by Kevin | 21 May 2019



Apabila bulan Ramadhan dah nak dekat ni mesti ada antara kita yang menyimpan hajat untuk berdiet dan menjaga berat badan supaya kekal ideal dan bentuk badan yang menarik. Hakikatnya, ramai yang ingin berdiet , tetapi jarang sekali konsisten dan bersungguh dalam melaksanakannya. Jadi, untuk Ramadhan kali ini anda berusaha untuk berdiet puasa sambil menjadikan tubuh badan tiada sebarang penyakit.

Disini akan kami memberi beberapa tip berdiet puasa yang anda boleh amalkan sepanjang Ramadhan ini. Ia juga boleh diteruskan untuk bulan-bulan akan datang. Jadi tak menarik lah kalau anda buat sekerat jalan saja kan. Semoga tip yang berikan ini memberi manfaat kepada anda dalam usaha untuk berdiet semasa berpuasa. Selamat mencuba ye!

Tip 1 : Minum air 8 gelas sehari Sepanjang bulan ramadan, kita mempunyai waktu yang sangat terhad untuk mencukupi keperluan tubuh badan dengan air kan. Jadi kita sebaiknya melebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam dan menghadkan 2-3 gelas sahaja pada waktu sahur. Teknik ini dilihat sangat berkesan dalam mengekalkan hidrasi tubuh badan kita.

Seperti saranan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita dicadangkan untuk mengambil sebanyak 8 gelas air sehari seperti berikut dan dinyatakan dalam gambar di atas. Saranan tersebut menyatakan kita perlu mengambil segelas air pada waktu berikut:

 Ketika bangun bersahur
 Selepas bersahur
 Selepas azan Maghrib
 Selepas menunaikan solat Maghrib
 Selepas berbuka
 Selepas solat Isyak
 Selepas solat Terawih
 Sebelum tidur

Jadi, jika anda bersungguh mahu berdiet bulan puasa ini, anda perlu ikuti nasihat dalam pengambilan air yang diberikan. Elakkan membeli makanan atau minuman yang tidak berkhasiat sebagai juadah berbuka puasa anda. Ini akan menyukarkan anda untuk tetap konsisten dengan saranan tersebut.

Nasihat lain dalam pengambilan air kosong ketika berpuasa yang boleh diamalkan sama seperti saranan di atas iaitu sekurangnya 8 gelas sehari. Anda digalakkan sebaiknya membahagikan waktu minum air kosong kepada beberapa bahagian. Anda boleh minum sebanyak 2 gelas pada waktu bersahur dan 2 gelas pada waktu berbuka atau selebihnya anda ambil waktu perantaraan antara berbuka dan sahur iaitu sebelum anda tidur serta sebelum mengambil makanan ketika bersahur dan selepas waktu sahur. Adalah lebih baik anda mengurangkan pengambilan minuman manis ketika berpuasa.

Tip 2 : Ambil vitamin yang cukup
Bagi mendapatkan bekalan vitamin yang mencukupi untuk tubuh badan, anda perlu pastikan pengambilan buah-buahan yang segar dalam pemakanan adalah mencukupi. Ini kerana keperluannya akan meningkat terutama sekali ketika kita berpuasa. Vitamin seperti vitamin C, E dan D amatlah penting untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh badan terutama untuk seharian berpuasa.

Vitamin E berfungsi untuk antioksidan yang baik untuk tubuh dan mampu mencegah kekeringan pada kulit. Manakala vitamin D berupaya meningkatkan penyerapan kalsium dan mineral penting serta menjaga kesihatan tubuh badan dengan baik sepanjang tempoh berpuasa.Ia berupaya membekalkan tenaga yang mencukupi untuk anda bertahan sepanjang hari dan tenaga yang cukup untuk anda melaksanakan tugasan dengan baik.

Bagi vitamin C pula, ia akan memberi manfaat kepada tubuh badan anda dari segi menurunkan berat badan anda. Ia mampu membakar lemak jika diambil dalam kadar yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Jika diambil secara berlebihan, ia juga boleh menjadi punca kepada kenaikan berat badan dengan mendadak. Pengambilannya harus dikawal supaya bersesuaian dengan keperluan tubuh dan kadar vitamin yang diambil dalam menu.

Tip 3 : Kurangkan pegambilan makanan menis dan santan dalam menu anda
Pengambilan makanan atau minuman yang manis ketika berpuasa cukuplah sekadar untuk menyeimbangkan paras gula dalam badan supaya badan dapat berfungsi dengan normal. Bukanlah kita boleh ambil dalam kadar yang banyak, tambahan pula bagi mereka yang tidak gemar untuk ambil air kosong. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula akan berpotensi menjadikan berat badan kita cepat naik dan sukar untuk anda berdiet sepanjang bulan puasa.

Jadinya, anda boleh tolak makanan manis dalam menu anda jika mahukan diet yang berjaya dan mujarab kepada anda. Kalau nak ambil, anda boleh ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja ketika bersahur mahupun berbuka. Karbohidrat yang rendah dalam makanan ini akan menyebabkan proses pengemukan badan akan lebih pantas berlaku dan menjadikan lemak membiak dalam badan anda.

Jika anda ingin menurunkan berat badan ketika berpuasa, anda sebaiknya mendapatkan rasa manis itu daripada buah-buahan segar tanpa dijadikan jus ataupun jus tanpa gula. Anda tetap akan memperoleh gula tetapi dalam kadar yang berpatutan dan semulajadi daripada buah-buahan. Ia adalah lebih baik anda meminimumkan penggunaan gula dalam masakan bagi memastikan kesihatan yang baik sekaligus mengelakkan masalah kesihatan seperti masalah obesiti yang boleh membawa kepada risiko hipertensi dan diabetes yang tinggi.

Kadar glukos yang tinggi dalam darah akan menjadi punca utama kepada pelbagai penyakit yang berbahaya dan diet anda akan terbantut jika anda masih ambil dalam pemakanan.

Tip 4 : Makan tidak berlebihan dan perlahan-lahan
Jika inginkan diet anda pada bulan puasa lebih berkesan, amalkan makan secara perlahan-lahan dan tidak berlebihan. Ianya perlu diambil secara sederhana dan mengikut keperluan tubuh badan sahaja. Ketika berbuka, kita memerlukan nutrisi yang lengkap untuk tubuh badan dan bukannya untuk memuaskan nafsu semata atau menghilangkan rasa lapar semata.

Makan sekadar untuk memberikan tenaga pada siang hari dan mengisi perut di malam hari. Jangan sebabkan makan yang berlebihan mengakibatkan kita berisiko untuk menghidap pelbagai penyakit berbahaya. Anda sebaiknya makan secaraa perlahan dan kunyah dengan baik makanan tersebut sebelum menelan.

Kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang banyak adalah kerana kita berlapar hampir seharian dan ada setengah orang tidak mengambil makanan pada waktu sahur. Ia akan menjadi punca kita menjadi lapar yang teramat. Kita akan berbuka dengan makanan yang banyak dan makan dengan pantas. Lama kelamaan tahap kepuasan kita terhadap makanan akan menurun. Disebabkan itulah, makanan akan terbazir kerana kita dah tak lalu nak habiskan akibat kekenyangan.

Tip 5 : Membuat senaman ringan dan kekal bertenaga
Anda diingatkan supaya tidak membataskan diri sepanjang berpuasa dan menjadikan ia sebuah alasan. Anda tidak disarankan untuk hanya tidur dan bermalasan sepanjang hari tanpa melakukan sebarang aktiviti. Ia bukanlah satu saranan supaya anda melakukan senaman yang berat setiap hari. Tetapi, anda harus pastikan aktiviti harian masih berjalan dengan melaksanakan kerja rumah, bergotong-royong, membantu ibu ayah melakukan kerja dan apa jua aktiviti yang menjadikan tubuh anda sentiasa aktif.

Diingatkan supaya menyelesaikan tugasan tersebut tanpa bertangguh dan melakukan di waktu malam. Seeloknya pada waktu malam, anda harus beri ruang untuk tubuh berehat dan melaksanakan ibadah yang sepatutnya. Dalam merebut seberapa banyak pahala, umat islam digalakkan menjalani solat terawih. Ibadah ini dipercayai dapat membantu anda dalam membakar kalori. Badan akan menjadi lebih ringan selepas waktu berbuka yang dipenuhi dengan pelbagai hidangan. Daripada kenyataan itu, Pakar Pemakanan; Kevin Zahri juga menyifakan bahawa solat terawih mampu membantu dalam membakar kalori sehingga 200-300 kalori. Ia berrgantung kepada durasi dan juga keadaan suhu tempat ibadah yang dituju.

Berbalik kepada objektif asal berpuasa dan melakukan solat terawih, niat kita perlu diperbetulkan iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah dan bukannya untuk tujuan berdiet semata-mata pada bulan Ramadan. Aktiviti bersenam masih boleh dilaksnaakna ketika bulan Ramadan. Perbezaannya ialah kita boleh memilih aktiviti yang lebih ringan dan kecergasan berintensiti rendah. Ia boleh dilaksanakan hanya untuk 30 minit dan sekurang-kurang sebanyak 3 kali seminggu. Senaman yang sekurang-kurangnya anda dpat mengeluarkan peluh dan kekal sihat.

Tip 6 : Pengambilan protein yang cukup
Ketika sahur, anda perlu menambahkan pengambilan protein bagi membekalkan tenaga yang cukup untuk anda sepanjang hari. Antara sumber protein terbaik ialah putih telur, daging bakar, ikan stim, ikan asam pedas atau ayam kukus Jika anda mengambil nasi atau mee atau bihun ketika bersahur, ia tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi, anda perlu bersederhana dalam pengambilannya dan hanya mengambil dalam kuantiti yang sedikit. Hanya segenggam sahaja sudah memadai untuk menampung keperluan harian anda. Anda sebolehnya elakkan mengambil makanan yang masin ketika bersahur. Ini kerana, kandungan garam yang tinggi akan menyebabkan kita mudah berasa haus di siang hari.

Dah fikir dah nak makan apa bila puasa nanti? Bagi memastikan anda terus konsisten dalam melaksanakan diet anda. Pastikan kuantiti makanan yang diambil adalah sederhana dan tidak berlebihan. Ia juga akan mengurangkan budaya membazir ketika bulan puasa. Jika anda teringin nak makan sesuatu ketika berbuka, cukuplah ambil dalam kadar yang kecil.

Jangn biarkan nafsu makan anda menguasai diri anda. Ia akan membahayakan diri dan juga membantutkan usaha anda untuk tampil menarik dan bergaya di bulan syawal nanti. Walaupun sibuk macam mana sekalipun, jangan abaikan pengambilan air masak dan juga melakukan senaman walapun ringkas. Ia bagi mengekalkan kesegaran tubuh badan dan membekalkan oksigen yang mencukupi untuk tubuh badan anda.

Selamat berdiet, selamat berpuasa dan semoga berjaya!

follow

@signaturemarket

Log In
Request TAC
Log In