[Black Friday Sale] Buy 1 Free 10 Deals + Free Shipping. Black Friday Sale Ending In:
Days
Hours
Minutes
Seconds

FREE SHIPPING with any purchase.

Bagaimana nak makan sihat bulan Ramadhan ini!

by Kevin | 7 May 2019



Dalam bulan suci Ramadhan ini adalah dimana semua umat islam melatih diri mereka dari segi rohani dan fizikal. Dari segi makan, ia adalah bulan dimana umat islam menahan diri dari makan dan minum dari matahari terbit sampai matahari terbenam. Dalam bulan puasa yang sebulan, ia boleh menjadi cabaran kepada sesetengah individu terutamanya kepada kanak-kanak yang baru pertama kali belajar untuk berpuasa. Ini oleh kerana mereka mungkin akan menggalami ketidakselesaan dalam diet akibat perubahan dalam rutin makanan mereka. Tetapi semua ketidakselesaan ini dapat dikurangkan dengan beberapa food planning.  Dengan petua yang akan diberi, ia seharusnya diteruskan sampai habis bulan Ramadhan agar terus menjadikan tubuh badan bebas daripada sebarang penyakit. Jadi tak menarik lah jika anda buat sekerat sahaja. Semoga tips iftar Malaysia yang akan diberikan memberi manfaat kepada anda semua. Jadi marilah kita menerangkan dan memberi beberapa petua makan secara sihat pada bulan Ramadhan. Selamat mencuba dan selamat berpuasa!

Tip 1:  Pada bulan Ramadhan kita seharuskan minum air masak 8 gelas sehari.
Semua orang tahu pada bulan Ramadhan kita mempunyai masa yang terhad untuk makan dan minum dan untuk mencukupi keperluan tubuh badan dengan air. Jadi sebaiknya kita seharusnya melebihkan air masak pada waktu malam dan menghadkan  2 atau 3 gelas sahaja pada waktu sahur. Teknik ini amat berkesan dalam mengekalkan hidrasi dalam tubuh badan kita.

Kesihatan Kementerian Malaysia telah menyarankan bahawa kita dinasihatkan untuk mengambil 8 gelas air sehari seperti yang dinyatakan di gambar rajah bawah ini.



 Saranan tersebut menunjukkan kita perlu mengambil segelas air pada waktu berikut:
• Masa bersahur

• Selepas bersahur

• Selepas azan mahgrib

• Selepas menunaikan solat mahgrib

• Selepas berbuka

• Selepas solat isyak

• Selepas solat terawih

• Sebelum tidur


Jadi, jika anda semua ingin mengamalkan puasa secara sihat, haruslah mengikut saranan yang telah diberikan. Elakkan membeli makanan dan minuman yang tak berkhasiat sebagai juadah iftar Malaysia. Ini kerana ia akan meyukarkan anda untuk terus konsisten dengan saranan yang telah diberikan. Anda boleh mengikut saranan pegambilan air masak iaitu sekurang 8 gelas sehari atau lebih. Anda digalakkan sebaiknya membahagikan minum air masak kepada beberapa bahagian, contohnya 2 gelas pada sahur dan 2 gelas apabila berbuka, dan selebihnya anda boleh mengambil pada waktu perantaraan antara berbuka dan sahur. Lebih baik jika anda dapat mengurangkan pengambilan air manis ketika berpuasa. Dengan ini ia dapat memastikan tubuh anda kekal sihat dan tidak dapat dijangkiti penyakit.

Tip 2: Elakkan makan yang keterlaluan.
Makanan keterlaluan sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia apabila iftar tiba. Kita pasti akan makan secara keterlaluan ketika berbuka ataupun selepas terawih. Jadi dengan ini bagi memastikan kita kekal sihat dan secara tidak langsung memastikan juga diet anda berjaya, anda diwajibkan untuk tidak mengambil makanan terlalu banyak terutamanya sebelum tidur. Ini oleh kerana, perut kita masih dalam keadaan kekenyangan akan merangsang tubuh dan akan mengalami kegemukkan.

Jadi dalam menu berbuka ataupun sahur nanti, mari kita meminimumkan pengambilan makanan yang bergoreng, berminyak dan manis. Untuk mengelakkan anda mengambil makanan yang berlebihan, anda mesti berhenti makan sebelum rasa kenyang. Makanlah secara sekadar sahaja dan bukankah kadar yand sedikit itu lebih baik?

Jika anda makan terlalu banyak, dan akan kekenyangan, ia akan cenderung untuk berasa letih dan mengantuk. Selepas berbuka, anda berpotensi untuk tidur kerana kekenyangan dan seterusnya terlepas untuk menjalani solat terawih.

Jika anda ingin menjaga diri dan megamalkan cara hidup sihat pada bulan puasa ini, anda perlu meningkatkan diri supaya dapat mengimbangkan natara secara jasmani dan rohani agar kedua-duanya terjaga rapi.

Tip 3: Jangan elak bangun sahur
Jika kita ingin mengamalkan gaya hidup sihat, kita seharusnya bangun sahur walaupun hanya mengambil segelas air dan sebiji kurma. Ia adalah salah satu Sunnah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan puasa kita lengkap dan membekalkan tenaga yang mencukupi di siang hari.

Jika kita tidak bangun sahur, ia akan mendorong kita untuk mengambil makanan pada waktu berbuka dengan kuantiti yang berlebihan akibat anda menahan lapar pada wkatu siang.  Walaupun ada segelintir manusia yang memandang remeh tentang kelebihan bersahur, namun hakikatnya ia memberi manfaat kepada anda, kerana bersahur adalah sama seperti mengambil sarapan pagi.

Pegambilan sahur dapat membantu dalam mengimbangkan zat gizi dalam tubuh badan anda yang tidak diperolehi sepanjang berpuasa pada siang hari. Tujuan utama bersahur bukanlah hanya untuk mengenyangkan perut semata, ia berperanan membekalkan sat gizi yang mencukupi kepada tubuh badan anda.

Tip 5:  Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan
Dalam pemakanan yang sihat anda dinasihatkan mengambil  sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar. Dan pastikan ia desediakan dalam menu yang sihat dan yang baik untuk tubuh badan anda. Jadi jika anda teringin nak minum air yang manis, anda boleh membuat sendiri mengunakan buah-buahan tanpa gula. Makanan kekacang yang diambil haruslah bebas daripada kandungan garam.

Selain itu, jika anda menginginkan makanan menjadi lebih baik dan enak, anda boleh meggunakan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai sajian salad.  Ia pasti menyelerakan dan berkhasiat untuk anda amalkan ketika sahur mahupun berbuka. Sekaligus membekalkan nutrisi yang lengkap pada tubuh badan anda.

Ramai orang tahu buah-buahan dan sayur-sayuran  kaya dengan kandungan air, ia merangsang tubuh untuk cepat berasa kenyang dan dapat mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Jadi sayur-sayuran dan buah-buahan adalah menu yang anda harus ambil, kerana ia mempunyai tambahan serat dan vitamin dalam badan.

Tip 6: Pegambilan protein yang mencukupi
Pengambilan protein adalah amat penting. Jadi anda perlu ambil protein ketika sahur agar ia dapat membekalkan tenaga yang cukup untuk anda sepanjang hari. Antara sumber protein yang baik adalah telur, daging yang dibakar, ikan masak stim atau ayam kukus. Ini adalah contoh menu terbaik bagi anda yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.

Jika anda mengambil nasi, mee ataupun mihun ketika bersahur, ia tidaklah menjadi satu kesalahan, akan tetapi anda perlu bersederhana dalam pengambilannya dan hanya mengambil dalm kuantiti yang sedikit. Hanya sengenggam sahaja sudah cukup untuk menampung keperluan harian anda. Sebolehnya elak mengambil makanan yang masin, kerana kandungan garam yang sangat tinggi akan mengakibatkan kita mudah berasa haus.

Tip 7: Pengambilan serat dalam makanan
Selain makanan yang tinggi protein, anda juga perlu mengambil makanan yang kadungannya berserat tinggi. Ini oleh kerana, dapat membantu anda, menjadikan sumber tenaga yang mencukupi untuk tubuh sepanjang hari. Dapat menjadikan prose metabolsime badan bertambah baik sehingga kita tidur juga akan lebih banyak terbakar.

Pengambilan serat juga berupaya membantu anda untuk cepat berasa kenyang dan dapat mengelakkan anda mengambil makanan dengan kadar yang banyak. Dalam masa yang smaa juga ia dapat menyekatkan selera untuk tidak makan dengan berlebihan.

Tip 8: Melakukan senaman ringan
Dalam bulan Ramadhan ini anda diingatkan supaya tidak membataskan diri sepanjang bulan puasa. Tetapi anda harus pastikan aktiviti harian masih berjalan dengan melaksanakan kerja rumah, gotong-royong, membantu ibu ayah atau melakukan aktiviti apa jua untuk menjadikan tubuh anda kekal aktif. Ini kerana badan kita akan menjadi lebih ringan selepas waktu berbuka yang dipenuhi dengan pelbagai hidangan.

Selain itu kita boleh memilih aktiviti yang ringan dan kecergasan berintensiti rendah. Ia boleh dibuat hanya 30 minit sahaja dan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ia dapat megeluarkan peluh dan kekal sihat pada bulan Ramadhan.

Related Products

follow

@signaturemarket

Log In
Request TAC
Log In